Sebagai suatu lambang, setiap negara juga mempunyai lambang muzik yang unik. Alat muzik yang diukir dengan lambang muzik China ialah Pai Xiao. Ini disebabkan Pai Xiao telah bersejarah lama dan rupanya seperti sayap burung cenderwasih, sejenis burung mitos dan sangat disukai oleh rakyat China. Pada bulan Ogos tahun 1956, Kementerian Kebudayaan China dan Persatuanan Pemuzik China menetapkan Pai Xiao sebagai lambang muzik China.
Liuqin, alat muzikbertaliyang bentuk dan cara memainkannya miripPipa, selalu dimainkan dalam persembahan opera kalangan rakyat di Provinsi Shandong, Anhui dan Jiangsu, China.
Ruan ialah sejenis alat muzik petikan China yang dicipta pada zaman Dinasti Qin. Ruan terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kepala, pemegang dan badan. Kepalanya dihias dengan hiasan seni ukiran tulang seperti naga. Terdapat 4 batang tolok menala di kedua-dua belahnya. Badan Ruan ialah sebuah kotak resonans yang berbentuk bulat. Cara memainkannya hampir sama dengan cara memainkan Pipa.
Yangqin, sebagai alat muzik klasik yang bertali di China, selalu dimainkan untuk persembahan solo atau berkumpulan, atau sebagai alat muzik iringan dalam persembahan opera.
Xiao, yang juga dikenali sebagai "Dongxiao" ini, merupakan sejenis alat muzik tiupan tradisional China yang dicipta berasaskan Paixiao, yang digelar "Xiao" pada ketika itu. Dalam proses meniup alat muzik itu, pemain mendapati bahawa jika dibuka beberapa lubang yang jaraknya tidak sama pada sebatang paip, bunyi yang amat merdu dengan irama yang berbeza-beza juga dapat dihasilkan. Melalui evolusi, Xiao telah berubah daripada Paixiao yang terdiri daripada beberapa batang paip, menjadi Dongxiao yang terdiri daripada sebatang paip dengan beberapa lubang yang dibuka.
Guzheng dianggap sebagai salah sebuah alat muzik petikan yang tertua di China. Ia dicipta berasaskan "Zhu", iaitu sejenis alat muzik pukulan pada zaman purba.
Pi Pa sudah bersejarah lama di China. Kononnya pada Dinasti Tang, iaitu kira-kira abad ke-7, pensyair tersohor, Bai Juyi semasa berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, terdengarbunyi Pi Pa yang dimainkan oleh seorang wanita. Irama itu sungguh merdu sehingga membuatkan hati beliau tergerak untuk menulis sajak. Maka, lahirlah sajak panjang yang bertajuk "Lawatan Pi Pa".
Yueqin merupakan sejenis alat muzik yang sangat popular dalam kalangan bangsa Han dan pelbagai etnik minoriti yang tinggal di bahagian barat daya China, antaranya termasuklah etnik Yi, Miao danDong Bai. Yueqin berasal daripada Ruan, sejenis alat muzik bertali etnik Han. Sejak zaman Dinasti Tang, iaitu pada lebih 1000 tahun yang lalu, nama Yueqin mula digunakan khusus untuk alat muzik yang kita lihat kini.
Erhu, yang mula-mula mucul pada zaman Dinasti Tang, iaitu abad ke-7 hingga ke-10 Masihi ini, sangat popular dalam masyarakat etnik minoriti di bahagian barat laut China. Ia selalu dimainkan untuk mengiringi lagu.
Guqin, alat muzik bertali tujuh yang dicipta pada zaman Dinasti Zhou, iaitu lebih 3 ribu tahun yang lalu ini, bentuknya cantik dan iramanya lantang. Guqin ada pelbagai jenis.
Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.
大赢家足球即时比分球探网 |
葡京娱乐官方网站 |
亚洲城娱乐ca88试玩 |
白金网官方 |
ag平台app |
大乐透必中5十2 |
万福彩票登录 |
腾博会诚信为本 |
大发888下载 |