Sesetengah pemprotes melakukan tindakan kekerasan di Hong Kong baru-baru ini hingga menjejaskan ketenteraman dan kemakmuran HK. Pelbagai lapisan masyarakat HK diharap menentang dan memboikot kekerasan.
Demikian ujar jurucakap Jabatan Urusan Hong Kong dan Makau, Dewan Negara China, Yang Guang dalam sidang akhbar di Beijing hari ini.
Beliau berkara, situasi di HK semasa ini mencabar undang-undang dan tata terbit masyarakat tempatan, mengancam keselamatan nyawa dan harta benda penduduk biasa, serta melanggar dasar "satu negara, dua sistem".
Penduduk HK diharap menyedari situasi yang kritikal semasa ini, menentang tindakan jenayah dan menghalang mereka merosakkan ketenteraman di HK.