Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar semalam berkata, kerajaan pusat menyokong ketua eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor, untuk mentadbir Hong Kong mengikut undang-undang.
Dilaporkan, garison Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) di Hong Kong semalam mengadakan jamuan sempena ulang tahun ke-92 penubuhan PLA.
Mengulas ucapan Komander Chen Daoxiang pada jamuan itu, Hua berkata pendirian kerajaan pusat adalah jelas dan konsisten. Seperti yang dikatakan Komander Chen, kerajaan pusat juga menyokong polis dan badan kehakiman Hong Kong menguatkuasakan undang-undang, serta menyokong saudara setanah air yang patriotik untuk melindungi kedaulatan undang-undang, kemakmuran dan ketenteraman di Hong Kong.
Kerajaan pusat yakin garison PLA di Hong Kong akan terus mempertahankan kemakmuran dan ketenteraman jangka panjang wilayah berkenaan.